Aku nak hak aku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai kawan2 sekalian..Harini update blogku lg..Hurmmm...Ni kisah mengenai kemarahanku terhadap seorang kawanku..Aku tension la, apalah yang susah sangat nak bagi projektor yang aku mintak belikan dia tu..Dah nak masuk dua bulan dah ni..Habuk pun teda..Aku kurang berkenan la dengan orang yang membagi janji palsu ni..Janji dulu nak bagi sebelum Autoshow, pastu ada masalah lagi..Kunun barang belum sampai la, teda masa mo ambil la, busy la...Hai..Pening kepala hotak aku..Kesabaran aku ada hadnya..Dah orang beri kepercayaan tu, hargaila..Ni tak, asyik bagi alasan and alasan..Bosan dapat kawan camtu...Totally make me hot la..Tapi sori la kawan, aku tau ko balik2 call and message..Bukan aku nda mo angkat and balas...Cuma belum masanya..Aku masih hot ni..Selagi projektor tu belum sampai ditanganku, selagi itula aku akan keep on mad on u..

CATATAN TERTINGGAL 2010

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat teman2 sekalian..Hehehe..Tahun lepas iaitu tahun 2010 merupakan tahun paling happy dan paling sedih buatku..Kita cerita yang sedih dulu la yer..Apa yang membuat aku sedih tahun ni? mesti korang tertanya-tanya kan?..mmm..ni lah tahun dimana nenek kesayanganku meninggal dunia..Nenekku sememangnya dah lama terlantar di rumah sebab kakinya tak mampu berdiri dan sebelah tangannya patah sebab terjatuh ketika ingin berdiri sendiri..Selama ia sakit, tak pernah aku nampak ia tersenyum..Hanya kemurungan jelas diwajahnya..Yang paling aku tak sangka dan kecewa, pada tengah hari sebelum ia meninggal, aku tak menegur pun ia ketika pulang dari kerja sebelum aku pergi ke kk atas urusan bank..Petang ketika aku balik dari kk, amatlah aku terkejut melihat orang ramai di rumah.. Aku pun bergegas naik ke rumah dan melihat nenekku yang sudah ditutupi kain..Hanya air mata sahaja mampu ku berikan ketika itu..Hurmmm...oklah, kita tukar kepada cerita yang mengembirakan pula..Ni pasal telefon idamanku yang aku dah cakap pada post aku yang dulu..Sekarang I GOT IT!..Yeahhhhh! Harga boleh tahan la, yang penting phone ni best sangat..hahahhaa...Pastu dalam tahun 2010 jugalah aku merasa join Autoshow..Ni jugala perkara yang tidak aku sangka..Aku sanggup buang bajet dalam 10k untuk buat kereta..Kering terus poket aku..hahaha..Namun, tak jugala aku menang..Dapat saguhati ja..kekekeke..

My car on autoshow..






Nokia N900

KEHIDUPAN 2011


Tatkala senyumanku ditahun baru ni mencerminkan perubahan yang akan aku lakukan pada diriku..Tahun baru yang ceria ni aku berazam untuk menaikkan berat badanku, mengurangkan penggunaan cuti rehat, sah jawatan dengan segera dan banyak lagi yang tak boleh aku ceritakan di dalam blog aku ni..Dalam senyuman ini tak semestinya ada kegembiraan sahaja, semestinya ada juga kesedihan dan kekecewaan..Namun, perkara ini perlu ku hadapi walaupun pedih sekali rasanya..

Get This 4 Column Template Here
Get More Templates Here