Bakarla puas2..erkkkkkkkk!

(Gambar contoh)

BEAUFORT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Beaufort kini sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran hutan belukar, paya gambut dan ladang berikutan keadaan cuaca panas yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lepas.

Setakat ini 508 ekar kawasan telah musnah dalam kebakaran iaitu 250 ekar paya gambut, 243 ekar hutan dan lalang dan 21 ekar ladang kelapa sawit dan nenas sejak dua hari lalu.

Penguasa Bomba Zon, Beaufort Alexander Lojinon bagaimanapun berkata pasukannya, setakat ini berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke beberapa kawasan dan berjaya menyelamatkan kawasan seluas 9019 ekar yang membabitkan 1,477 ekar hutan paya gambut iaitu hutan simpan di kampung Luagan Sanginan dan 700 ekar hutan paya gambut di Kampung Luagan dan 65 ekar kebun kelapa sawit dan nenas manakala selebihnya dari jumlah itu ialah hutan, lalang dan belukar.

Alexander memberitahu demikian semasa menyampaikan taklimat dan perancangan operasi memadam kebakaran kepada anggota di balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort, kelmarin.

Di daerah Sipitang, pasukan Bomba dapat memadamkan 150 ekar kawasan hutan namun demikian kebakaran boleh berlaku bila-bila masa dan mengancam sebuah kawasan hutan Sabah Forest Industri yang membabitkan keluasan 10,000 hektar.

Bagi daerah Papar, kebanyakan kebakaran yang berlaku hanya membabitkan hutan belukar dan kebakaran lalang dan ianya berlaku di beberapa lokasi sepanjang jalan raya Papar – Beaufort, katanya

Alexander berkata, Pasukan Bomba dan Penyelamat kini sedang memantau ribuan ekar hutan simpan Paya gambut iaitu di Nukahan Kuala Penyu, Luagan dan Binsulok yang juga kini terdedah kepada kebakaran.

Beliau memberitahu iaitu Kawasan atau Zon Beaufort adalah membabitkan Daerah Papar, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang dan setakat ini sebanyak lima jentera digunakan untuk menjalankan operasi memadamkan kebakaran yang membabitkan 34 anggota termasuk lapan anggota Must Team (multi Skill Team).

“Zon ini akan menerima bantuan anggota tambahan iaitu seramai 30 anggota Multi Skill Team yang didatangkan khas dari balai-balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah akan menyertai operasi memadamkan kebakaran di zon ini,” katanya.

Pada masa yang sama Alexander menasihatkan orang ramai terutama sekali pemilik-pemilik ladang agar tidak melakukan sebarang pembakaran yang dibimbangkan akan merebak ke kawasan lain.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuang pontongan rokok di merata jalan kerana ianya juga boleh menjadi punca berlakunya kebakaran di sepanjang jalan.

Tinjuan New Sabah Times mendapati keadaan cuaca yang panas yang berlaku di daerah Papar, Kimanis, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang serta impak dari kebakaran yang berlaku di sana sini menyebabkan keadaan berasap dan berjerebu.

Get This 4 Column Template Here
Get More Templates Here